2009年6月29日星期一

组织宜先固本方求壮大

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan YAB Tan Sri Muhyddin bin Md Yassin ke mesyuarat hari ini, pihak MCA Bahagian Pagoh di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan mesyuarat pada hari ini.

Saya sebagai Ketua MCA Bahagian Pagoh, dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi taniah, secara rasmi, kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhhydin Bin Mohd Yassin atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri malah juga dijawatkan dengan portfolio yang begitu penting iaitu Kementerian Pelajaran pada masa yang sama.

Perlantikan beliau telah membuktikan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri seorang pemimpin yang cukup berwibawa, berkarisma, bervisi, dan berazam dalam meneruskan perjuangan beliau iaitu terus membawa pembaharuan kepada negara ini dan mempertingkatkan lagi daya saingan kita di rantau ini.

Saya yakin bahawa perlantikan Yang Amat Berhormat Tan Sri sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membarakan kayakinan kita terutama para pemimpin tempatan bahawa kerajaan BN telah menuju ke satu arah yang lebih cerah dengan semagat yang baru.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seramai 45 orang ahli MCA yang bertaraf “veteran” dan masih rela berkhidmat untuk parti dan juga turut menghadiri mesyuarat pada hari ini. Sungghuhpun usia mereka telah melanjut, dan kebanyakan mereka telah pun bersara daripada jawatan seperti Ketua cawangan, Ketua Kampung, dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, malah semangat mengkorban diri demi parti, komuniti, dan tanah air masih membara, mereka adalah Ahli MCA Teladan, dan saya memohon Tuan-tuan dan Puan-puan supaya kita sama-sama menghargai sumbangan mereka.

Suasana politik negara telah berubah, perubahan citarasa pengundi menjadi satu perbincangan yang hangat terutamanya dalam BN, perubahan citarasa itu bukan saja sentiasa dapat dibaca di akhbar, malah juga dapat dikesan dan dilihat melalui analisis peti undi di Kawasan Pagoh pada Pilihanraya pada tahun lepas. Apa yang dapat disimpulkan ialah sokongan BN di Pagoh telah merosot , khususnya Daerah Mengundi yang berada di Kawasan Kg Baru yang majoriti pengundinya terdiri daripada kaum Tiong Hua .

Keputusan Pilihanraya yang lepas untuk Parlimen Pagoh, contohnya di Kg-kg Baru, telahpun merosot sabanyak 1,600 undi di Kawasan Bukit Serampang, iaitu merosot dari 80% ke 61%. Di kawasan Jorak pula, undi majoriti di Kg-kg Batu terus jatuh sebanyak 2,600 undi, tahap sokongan telah merosot teruk dari 78% ke 50%, lebih teruk jika dibandingkan dengan Kawasan Bukit Serampang.

Kawasan Parlimen Pagoh, sebuah kawasan yang mempunyai 13 ribu orang pengundi Cina, dalam masa 4 tahun, majoriti undi telah merosot sebanyak 4 ribu undi, ia memberi satu tanda yang begitu kuat sekali kepada kerajaan BN, golongan pengundi Pagoh memang tidak puas hati dengan BN, dan ketidakpusan tersebut telah pun mencapai satu tahap yang kritikal dan mesti kita sama-sama memberi perhatian yang serius.
Maka, kita sebagai ahli politik setempat yang mendukung cita-cita MCA, iaitu menjaga kebajikan rakyat dan kemakmuran negara, perlu mengambil langkah pro-aktif dalam mengenalpasti kelemahan diri sendiri, mengambil berat tentang pandangan pengundi, dan seterusnya membentuk strategi yang berkesan untuk menawan balik sokongan pengundi dan memperkukuhkan kedudukan BN di Pagoh.

MCA Pagoh, salah satu teras penting dalam BN Pagoh, sungguhpun tidak mencalonkan se-seorang calon pun untuk mana-mana kerusi di kawasan Pagoh, tetapi pada Pilihanraya yang lalu, MCA Pagoh telah menghidupkan jentera kempen dan menjalankan kempen intensif dengan cekap dan berkesan. MCA Pagoh dari zaman pimpinan saudara Lim Tiong Shui sehingga Datuk Mong Kwang Liang, telah menjalinkan hubungan politik yang erat dengan UMNO Pagoh. Ini didorong oleh kepercayaan dan keikhlasan MCA Pagoh terhadap pimpinan YAB Tan Sri sejak dulu lagi, saya berharap akan hubungan tersebut dapat melahirkan strategi dan pelan yang lebih berkesan untuk mempertahankan populariti BN di Pagoh.

Untuk mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan, MCA Pagoh di bawah pimpinan yang baru sebenarnya telah mengambil beberapa langkah yang saya anggap sebagai langkah yang asas dan penting untuk memperkukuhkan kedudukan BN di Pagoh. Langkah pertama ialah penganjuran bengkel-bengkel kerja untuk mempertingkatkan lagi kesedaran dan pemahaman politik dan pentadbiran tempatan di kalangan pemimpin-pemimpin MCA di peringkat cawangan, satu fahaman yang penting telah pun disampai ialah bahawa “matlamat segala usaha politik ialah bertujuan mendapat undi ketika Pilihanraya”. Maka pemimpin-pemimpin politik perlu memahami kehendakan akar umbi dan mengambil langkah untuk memenuhi keperluan dan kehendakan tersebut melalui peruntukan kerajaan, inilah maksud “kaki memijak bumi, jika mahu menjunjung langit”. Bukan itu sahaja, MCA Pagoh seterusnya akan menganjurkan bengkel kesedaran politik dan pentadbiran tempatan yang melibatkan 9 buah JKKK , ini merupakan satu usaha mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan dan kesedaran politik ahli-ahlinya.

Dengan sukacitanya saya juga ingin maklumkan kepada YAB Tan Sri dan hadirin sekalian, MCA Pagoh merupakan Bahagian yang pertama yang menganjurkan bengkel politik sebegitu untuk ahli-ahlinya di Negeri Johor. MCA Pagoh juga telah mengenalpasti nukleus dan falsafah gerakan politik kita, iaitu “berkhidmat dengan bersungguh-sungguh”, nilai nukleus ini telah disebarkan ke seluruh MCA Johor untuk membangkitkan kesedaran dan politik ahli-ahli MCA di seluruh Johor.

Langkah yang kedua, MCA Pagoh juga mendirikan satu Unit Tindakan Strategik Pengurusan Kawasan Pagoh untuk menetapkan strategi-strategi politik dalam usaha menarik semula sokongan pengundi. Ahli-ahli unit tindakan ini terdiri daripada golongan muda MCA yang beriltizam, cerdik pandai, dan bervisi, malah kebanyakan mereka bukan pemegang jawatan utama di MCA Pagoh, bukan itu sahaja, kelebihan mereka juga termasuk lebih berdekatan dengan akar umbi dan pengundi muda, pengalaman dan pandangan mereka juga membolehkan mereka memberi cadangan dan input yang terus, berkesan, dan menepati kehendakan pengundi masa kini.

Langkah yang ketiga, dengan segala daya upaya, MCA Pagoh dengan bantuan teknologi seperti komputer, internet, dan sms telefon bimbit, telah mengemaskinikan nombor-nombor telefon pemimpin-pemimpin setempat untuk mengeratkan lagi perhubungan dan penyampaian mesej yang penting dengan kadar segera. Dalam masa 6 bulan yang akan datang, MCA Pagoh akan mengemaskinikan data asas 5 ribu orang ahli MCA Pagoh termasuk alamat baru dan nombor telefon bimbit mereka, dan sekaligus menyiapkan satu database yang lengkap. Kita juga akan memuat-turunkan Dearah-daerah pengundian bagi 5 ribu orang ahli tersebut, dan bersiap sedia untuk Pilihanraya pada bila-bila masa sahaja. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, kerja tersebut bukan senang tetapi mesti dilaksanakan untuk memperkukuhkan fungsi sesebuah parti politik.

Langkah yang keempat, khasnya dalam menawan semula sokongan pengundi kaum Cina di Pagoh, kami menumpukan perhatian ke atas penyediaan infrastruktur di kampung-kampung baru Cina sekitar Pagoh. Infrastruktur yang saya maksudkan di sini termasuklah penyediaan longkang dan saliran yang lengkap, penurapan jalan tar yang memuaskan, dan pemasangan lampu-lampu jalan yang mencukupi. Oleh itu, JKKK memainkan peranan yang penting dan kritikal dalam aspek tersebut, saya berharap akan Ketua-ketua Kampung kita pada masa depan, mengemukakan permohonan untuk peruntukan pembangunan dengan lebih cermat, cermat bukan sekadar memberi tumpuan ketika pelaksanaan projek, tetapi juga cermat dalam mengenalpasti aspek dan jenis infrastruktur yang dicadangkan, pastikan ia sememangnya sesuatu yang dikehendaki dan amat diperlukan oleh penduduk-penduduk setempat, malah Ketua Kampung juga harus bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan media massa supaya pembinaan tersebut dapat disiarkan untuk perhatian orang ramai.

MCA Pagoh sejak dulu lagi sudah memberi sokongan dan komitmen yang ikhlas dan tidak berbelah-bagi kepada BN, di bawah pimpinan YAB Tan Sri di BN Pagoh, kita menglibatkan diri dengan begitu giat dalam hal ehwal pembangunan setempat. Akan tetapi, tidak dapat dinafikan sebahagian besar usaha kita ini tidak memberikan hasil yang positif tetapi kekecewaan yang besar, pengundi-pengundi kadang kala menyalahkan parti politik setempat seperti MCA atau UMNO oleh sebab kekecohan, kecuaian, dan penyelewengan segelintir pegawai agensi kerajaan atau syarikat GLC.

Sebagai contoh, lampu awam yang rosak. Penduduk-penduduk setempat itu sungguhpun berterima kasih kepada BN kerana telah menurapkan sebatang jalan dengan begitu lurus dan baik, akan tetapi, jikalau mereka dapati sebatang tiang lampu jalan yang rosak telah dibiarkan 3 malam, mereka akan riuh sekampung berminggu-minggu dan juga menggejek Ketua Kampung, ahli-ahli majlis, dan pemimpin diperingkat cawangan. RAKYAT sekarang, mempunyai satu persepsi bahawa sebuah kerajaan yang tidak dapat membaiki lampu awam itu sebuah kerajaan yang skeptikal dan tidak boleh dipercayai, dan segala visi atau misi yang disebutkan oleh kerajaan itu juga dipandang rendah dan mungkin dipandang bohong atau cerita dongeng sahaja.

Saya berharap agar YAB Tan Sri dan ahli-ahli DUN kita dapat memberi perhatian kepada isu-isu setempat tersebut, dan sama-sama kita menanganinya untuk mempertahankan kedudukan dan populariti BN di Pagoh.

Oleh sebab YAB Tan Sri juga dijawatkan portfolio sebagai Menteri Pelajaran, maka saya di sini juga ingin sentuh sedikit dalam isu pelajaran dan berkongsi pandangan dengan para hadirin.
Kita dapat lihat bahawa YAB Tan Sri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan pembaharuan di kementerian yang penting itu, usaha beliau baru-baru ini termasuklah mendapatkan informasi dan pandangan terus daripada para pemimpin masyarakat Cina. Maka, saya di sini sebagai seorang pelajar yang telah menerima pendidikan di Sekolah Menengah Persendirian, iaitu Chung Hwa High School, menyeru YAB Tan Sri untuk mengadakan penyelidikan yang lebih lanjut dalam isu ini.

Sekolah Menengah Persendirian dan Peperiksaan UEC, merupakan satu hasil kerja komuniti Cina negara ini yang selaras dengan usaha kerajaan dalam membina insan yang sempurnaa. Akan tetapi, oleh sebab kekurangan peluang di tanah air, pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian tersebut terpaksa mencari nafkah di luar negara termasuklah di Singapura. Saya berasa sedih kerana sumber manusia yang mahir tersebut tidak dapat diserap oleh negara kita malah telah memanfaatkan negara-negara lain.

Oleh sebab hala tuju Sekolah Menengah Persendirian dan Peperiksaan UEC adalah selaras dengan falsafah pendidikan negara dan visi 1 Malaysia, maka saya mencadangkan kepada Tan Sri supaya memberi peluang untuk menguji potensi pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian dan sekaligus menangani masalah yang rumit tersebut.

Saya mencadangkan pihak Menteri Pelajaran supaya secara pro-aktif memberi nasihat kepada pihak penganjur peperiksaan UEC dalam aspek menerapkan konsep 1 Malaysia dengan memberi penekanan terhadap aspek perpaduan kaum dalam silibus di Sekolah Menengah Persendirian dan menggalakkan aktiviti integrasi murid di antara Sekolah Menengah Persendirian dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang berbeza aliran. Saya juga mencadangkan kerajaan untuk mengambil masuk pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian ke kursus latihan khas bagi melatihkan tenaga pengajar untuk mata pelajaran Bahasa Cina. Cadangan ini adalah sangat strategic kerana kesuntukan guru Bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina telah berlarutan sejak 15 tahun yang lepas, kini memandangkan perkembangan negeri China yang begitu pesat, saya jangka pelajar-pelajar yang hendak menguasai Bahasa Cina di negara ini pasti akan meningkat, maka latihan tenaga pengajar patut dijadikan titik berat kerajaan BN. Saya berharap akan cadangan-cadangan saya tersebut akan dipertimbangkan oleh YAB Tan Sri.

MCA Bahagian Pagoh menyokong visi 1 Malaysia, nilai yang tersirat termasuklah perpaduan yang sejati, dan persefahaman antara kaum. Dalam perhimpunan sulung Tan Sri di Kementerian Pelajaran pada 5hb Mei baru-baru ini, beliau telah menyatakan bahawa konsep 1Malaysia mengandungi makna mengiktiraf sumbangan semua kaum dalam membangunkan negara, menekankan kepentingakn perpaduan nasional, Saya sebagai seorang warga negara ini berterima kasih kepada YAB Tan Sri kerana telah menunjukkan bahawa konsep 1 Malaysia bukan sekadar slogan tetapi satu konsep yang dapat diterjemaahkan ke misi, strategi, dan pelan pelaksanaan. Di bawah pimpinan Tan Sri, konsep 1 Malaysia secara progresif telah menerap ke dalam kerja-kerja Kementerian Pelajaran, dan saya berharap segala rancangan di Kementerian Pelajaran dapat dilaksankan dengan lancar.

Saya juga berharap Tan Sri dapat menyebarkan satu mesej ke seluruh masyarakat Malaysia, bahawa kaum Cina di tanah air ini tidak pernah menyoal kedudukan dan hak-hak kaum Melayu di negara ini. Kaum Cina di sebaliknya rela melihat kejayaan kaum Melayu di pentas dunia tanpa merugikan atau mengeksplotasikan peluang kaum Cina. Oleh sebab itu, saya percaya akan visi 1 Malaysia memainkan peranan yang penting dalam merapatkan jurang di antara kaum dan melahirkan persefahaman yang kukuh.

Sering sekali pemimpin-pemimpin UMNO menyoal saya: Gan, apakah yang dikehendaki oleh kaum Cina di tanah air ini? Maka saya mengambil kesempatan untuk menjawap soalan ini secara terbuka di mesyuarat ini, sama seperti semua kawan Melayu yang saya kasihi, kita mahukan satu Malaysia yang bersih dan bebas dari rasuah dan pencemaran, kita mahukan satu Malaysia yang selamat yang kita dapat duduk bersama-sama di kopitiam sama-sama menikmati kopi dan saling menukar buah fikiran, kita mahukan satu Malaysia yang dapat menghayati nilai-nilai murni yang sama sungguhpun amalan budaya kita berbeza-beza.

“Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”, Saya dapati simpulan bahasa tersebut paling sesuai untuk menyatakan keadaan masyarakat kita yang berbilang kaum ini, dan sesuai juga untuk menyatakan keadaan MCA dan BN sekarang; “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; Bukit sama didaki, lumrah sama dituruni” malah simpulan bahasa ini juga menyimpulkan bahawa kita mesti sama-sama mengharungi segala cabaran dengan semangat baru, dan meneruskan perjuangan BN.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkumi Menteri Pelajaran kerana telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat perwakilan MCA Pagoh pada hari ini. Kata-kata beliau akan kita pahatkan dalam ingatan dan tetap dijadikan garis panduan dalam usaha membangunkan satu Malaysia yang gemilang, cemerlang, dan terbilang.

本文为博主为区会三机构代表大会之讲词,该会议邀请副首相开幕。